INFLASI


INFLASI

inflasiDalam membincangkan masalah makroekonomi iaitu inflasi ini, kita boleh huraikan dalam 3 perkara seperti dibawah

a)    Apakah definisi inflasi dan bagaimana menghitung kadar inflasi.

b)    Apakah indeks harga dan menghitung kadar inflasi di Malaysia.

c)    Apakah jenis-jenis inflasi

d)    Apakah kesan inflasi.

APAKAH DEFINASI INFLASI DAN BAGAIMANA MENGHITUNG KADAR INFLASI

Inflasi boleh di definasikan sebagai suatu proses kenaikan tingkat harga umum untuk semua barang secara menyeluruh dan serentak dalam ekonomi. Oleh kerana kenaikan harga ini berlaku untuk semua jenis barang maka kita perlu melihat kenaikan harga itu secara purata iaitu dengan menggunakan indeks harga.

Oleh itu untuk menghitung kadar inflasi, kita menggunakan rumus berikut;

Kadar Inflasi=(I.H1-I.H0)/(I.H0) x 100

nota :

I.H0=Indeks Harga Tahun Sebelum

I.H1=Indeks Harga Tahun Semasa

APAKAH INDEKS HARGA DAN MENGHITUNG KADAR INFLASI DI MALAYSIA

Indeks harga boleh di bahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

a)    indeks harga pengguna

b)    indeks harga pengeluar.

Di Malaysia, kadar inflasi boleh ditentukan dengan menggunakan indeks harga pengguna.

Indeks harga pengguna merupakan gambaran tentang arah aliran perubahan harga barang pengguna secara amnya. Berikut adalah indeks harga pengguna dalam tahun 1990-an dengan menggunakan tahun 1994 sebagai tahun asas.

Tahun

1994 = 100

Indeks harga pengguna

Kadar inflasi

1996

107.0

-

1997

109.9

2.7

1998

115.7

5.3

1999

118.9

2.8

2000

120.4

1.4

Dengan menggunakan tahun 1994 sebagai tahun asas, indeks harga pengguna Malaysia telah bertambah dari 107.0 bagi tahun 1996 menjadi 120.4 bagi tahun 2000. Ia menunjukkan pertambahan sebanyak lebih kurang 13% dalam tempoh lima tahun. Maka secara puratanya harga-harga barang telah bertambah sekitar 3% dalam satu tahun.

Kadar inflasi di Malaysia boleh di hitung dengan menggunakan rumus seperti di atas.

Berdasarkan jadual tersebut di dapati bahawa kadar inflasi di Malaysia telah meningkat dari tahun 1996 hingga tahun 1998 dan selepas itu kadar inflasi mula menurun sehingga tahun 2000.

APAKAH JENIS-JENIS INFLASI

Inflasi boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu;

a)    Inflasi tarikan permintaan.

Inflasi jenis ini berlaku disebabkan oleh

  1. pertambahan bekalan wang.
  2. pertambahan perbelanjaan kerajaan.
  3. peningkatan pelaburan.
  4. penurunan kadar cukai.

Apabila berlakunya perubahan perkara-perkara di atas, maka permintaan agregat akan meningkat. Apabila terdapatnya pertambahan permintaan agregat, maka penawaran agregat turut bertambah.

Apabila permintaan agregat terus bertambah maka ekonomi telah hampir capai guna tenaga penuh. Apabila ekonomi telah capai guna tenaga penuh, inflasi tarikan permintaan akan berlaku. Penerangan ini adalah secara kasar sahaja.

b)    Inflasi tolakan kos.

Inflasi jenis ini berlaku disebabkan oleh

  1. i.        kenaikan untung firma.
  2. ii.        kenaikan upah buruh.
  3. iii.        kenaikan kos faktor pengeluaran.

Apabila berlakunya perkara di atas, maka penawaran agregat akan berkurangan dan tingkat harga akan meningkat.

Apabila ekonomi telah capai guna tenaga penuh, kenaikan untung firma akan menambahkan desakan kesatuan sekerja untuk menuntut kenaikan upah. Kejayaan kesatuan sekerja menuntut kenaikan upah akan meningkatkan kos pengeluaran.

Apabila kos pengeluaran meningkat, firma akan mengurangkan penawaran untuk meningkatkan harga. Jika banyak firma mengalami peningkatan dalam kos pengeluaran, maka akan menyebabkan tingkat harga umum terus naik. Kesannya, inflasi tolakan kos berlaku.

c)    Inflasi diimport.

Inflasi ini berlaku di sebabkan oleh kenaikan harga barang diimport atau kenaikan nilai mata wang asing.

Apabila sesebuah negara mengimport barang dari luar negara yang telah mengalami kenaikan harga, barang-barang import tersebut akan dijual dengan harga yang lebih tinggi di pasaran tempatan. Apabila banyak barang diimport mengalami kenaikan harga maka inflasi diimport akan berlaku di negara berkenaan.

Kenaikan nilai mata wang asing juga boleh menyebabkan inflasi diimport. Apabila berlaku kenaikan nilai mata wang asing, maka harga barang di luar negeri akan menjadi lebih mahal. Jika barang ini diimport dan dijual di pasaran tempatan, maka inflasi diimport akan berlaku.

Apakah kesan inflasi

Inflasi yang berlaku di sesebuah negara akan memberikan dua kesan iaitu kesan negatif dan kesan positif.

a)    Kesan negatif.

  • Inflasi menyebabkan tingkat harga umum meningkat. Ini akan menyebabkan pendapatan benar penduduk akan menurun dan merendahkan kuasa beli pengguna.
  • Golongan berpendapatan tetap, pemiutang dan orang yang menabung di institusi kewangan mengalami kerugian kerana inflasi telah mengurangkan pendapatan benar yang mereka terima.
  • Firma yang kurang cekap terpaksa memberhentikan operasi apabila berlaku inflasi tolakan kos dan inflasi diimport. Hanya firma yang cekap dan mempunyai modal yang besar dapat membeli faktor pengeluaran yang semakin mahal semasa inflasi.
  • Apabila berlaku inflasi dalam negara harga eksport menjadi lebih mahal dari harga import. Ini akan menambahkan import dan mengurangkan eksport dan seterusnya memburukkan imbangan pembayaran.
  • Pertambahan jumlah import dan pengurangan jumlah eksport akan menjejaskan kadar pertukaran asing. Keadaan ini akan menjatuhkan nilai mata wang dalam negara dan menyebabkan kejatuhan pelaburan asing.

b)    Kesan positif.

  • Inflasi yang sederhana akan menggalakkan pelaburan dari firma-firma. Firma akan menambahkan penawaran agregat untuk memenuhi pertambahan permintaan agregat.
  • Pertambahan pelaburan ini akan meningkatkan penggunaan guna tenaga. Ini dapat mengurangkan kadar pengangguran.
  • Golongan pemilik harta tetap, pemilik saham dan golongan peniaga akan menikmati keuntungan semasa inflasi. Misalnya harga harta tetap akan meningkat bagi pemilik harta tetap.
  • Pertambahan pelaburan juga akan menambahkan keluaran negara jika ekonomi belum capai tingkat guna tenaga penuh. Akibatnya pendapatan negara juga turut bertambah.
  • Inflasi dalam negara akan menaikkan harga barang eksport dan menurunkan harga barang import. Jika lain-lain faktor tidak berubah, kadar syarat perdagangan negara bertambah baik.
  • Kadar syarat perdagangan yang bertambah baik akan dapat membaiki kedudukan imbangan perdagangan negara itu.
About these ads
  1. wah inflation…
    senang criter inflation ni disebabkn increase in money supply.
    tp kiter kene amik kira aggregate demand n agg supply…

    tq bro share kowledge

      • rizzmerr
      • July 17th, 2009

      thanx bro sudi singgah…sharing is caring..hehehhe

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: