Dinar sebagai pelaburan atau nilai matawang???


Ingin menyentuh tentang dinar sebagai medium pelaburan atau nilai matawang…sejak kebelakangan dinar di kaitkan dengaan pelaburan dan dinar di jual beli untuk meraih keuntungan dari nilainya.

Definasi pelaburan “Pelaburan ialah tindakan meletakkan dana bagi satu tempoh untuk memperoleh kadar pulangan yang dikehendaki, dengan menyedari sepenuhnya mengenai risiko yang terbabit. Perkara yang perlu diingat ialah walaupun kadar pulangan boleh dijangka, ia tidak terjamin.”


Saya suka menekankan bahawa dinar adalah penyimpan nilai sebenar dan sebagai matawang, oleh itu jika di kaitkan dengan dinar kan lebih molek rasanya di biasakan dengan istilah tukaran matawang asing walaupun matawang dinar ni tidak di pergunakan sebagai medium transaksi semasa.

Kita dah biasa dengar tentang seminar berkaitan mendaulatkan dinar emas, saranan dari cendiakawan mahupun pemimpin berkaitan dinar ini, tapi jalan merialisasikan masih agak terbatas. Apa kata saya menyeru pada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perniagaan emas ini untuk memulakan langkah penggunaan dinar sebagai matawang dalam urusan jual beli. Di mana emas fizikal yang hendak di jual di tetapkan dalam dinar dan pembeli yang mahukan emas fizikal harus melakukan proses tukaran matawang RM-Dinar terlebih dahulu sebelum melakukan urusan jual beli.

Selain dari penjual itu menjalankan perniagaan jual beli emas..secara tak langsung dia juga sebagai kaunter tukaran wang asing/money changer/pengurup wang.Secara tidak langsung bukankah dah ada dua cabang komisi sekali gus ..

Mungkin agak berat situasi transaksi ini, tapi kalau tak di mulakan bagaimana nak di biasakan. Sebab kita dah biasa duduk didalam sistem yang telah di tetapkan oleh mereka yang menguasai ekonomi dunia. Satu perubahan akan di anggap sebagai keganjilan sedangkan dinar itu telah terbukti sistemnya dulu. Ada yang berkata dinar & dirham tidak mampu menisbahkan bagi item yang kecil seperti harga sebatang pen, ini disebabkan matawang sekarang yang menisbahkansebagai satu sistem jual beli yang wujud sekarang.

Saya akan megajak semua berfikir pada post yang akan datang berkaitan sistem ekonomi yang sedia ada berkaitan dengan emas dan kuasa..InsyaAllah..

Jika ada komen atau pandangan lain tentang isu ini boleh berikan komen anda…

    • akmal
    • February 3rd, 2010

    saya bependapat dinar selayaknya diperlakukan sebagai matawang kerana itulah asal sifat dinar. bukan sebagai asset pelaburan, dimana dinar dijual beli. begitu juga dirham. emas umumnya lebih sesuai(pada pendapat saya)sebagai asset simpanan bukan pelaburan, kalo pelaburan, lebih efektif guna ASB atau mungkin unit trust. salah tolong betulkan.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: