CCRIS Bank Negara Malaysia


Salam pada semua, artikel untuk kali ini aku nak cerita sikit pengalaman pergi buat semakan nama CCRIS di Bank Negara Malaysia.

Untuk pengetahuan, sekarang sudah ada kiosk layan diri untuk buat semakan…ada privacy sikit.

Semakan ini penting juga untuk memastikan nama kita tak tersangkut dengan kes-kes yang tidak terduga macam penggunaan dokumen tanpa pengetahuan.

Selain pada itu boleh juga tahu rekod pembayaran pinjaman-pinjaman yang di buat ada rekod tertunggak atau tidak.

Ok, boleh di katakan ini kali pertama menjejakkan kaki ke Bank Negara ketua kepada fiat money Malaysia hahahha, dari pintu masuk lokasi untuk semakan ada di level GF blok sebelah kiri. Tiada pegawai bertugas yang akan melayan untuk buat semakan tetapi kita sendiri yang akan buat semakan dari A hingga Z. Langkah-langkah dan penerangan semua telah di sediakan tinggal nak klik-klik sahaja dan print.

Kiosk Semakan Layan Diri

Cara menggunakan kiosk semakan cukup mudah.

  1. Langkah 1: Sila pilih bahasa
  2. Langkah 2: Sila buat pilihan -Saya terima atau saya tolak (untuk pengesahan meneruskan semakan)
  3. Langkah 3: Sila masukkan MyKad (masukkan MyKad dalam alat pengimbas kad dan pastikan MyKad berfungsi, kalau tak kena buat MyKad baru di JPN)
  4. Langkah 4: Sila letakkan ibu jari anda bila lampu merah menyala (untuk pengesahan identiti penyemak, kalau tak boleh ibu jari anda ada masalah hahahaha kena pergi cek dengan JPN)
  5. Langkah 5: Klik cetak (setelah pengeahan berjaya, senarai semakan akan di paparkan dan MyKad boleh di keluarkan seterunya hanya klik cetak untuk menerima senarai semakan)

Rekod semakan CCRIS akan menunjukkan semua pinjaman dan kategori pinjaman yang kita buat berserta rekod pembayaran serta status semasa. Kalau yang ada rekod mahkamah akibat tunggakan tidak berbayar juga di paparkan.

Rekod untuk status tunggakan di paparkan untuk tempoh setahun, kalau rekod tak cantik dan ada tertunggak maka memang ada tertera yang boleh menyulitkan untuk buat sebarang pinjaman baru.

Cara terbaik ialah selesaikan tunggakan dan pastikan tiada tunggakan bayaran untuk tempoh setahun baru boleh tengok rekod bersih pada semakan CCRIS tahun yang selanjutnya.

Untuk pengetahuan, urusan pajakan AGRO Bank dan Bak Rakyat juga termauk dalam rekod CCRIS cuma bahagian tunggakan tiada rekod tunggakan cuma di beri status sehingga mencapai tempoh matang (setelah 6 bulan perjanjian pajakan).

Panduan dan maklumat berkaitan jadual semakan juga di sediakan untuk rujukan, boleh ambil sahaja.. sampul surat pun di sediakan berserta klip.Lengkap semua dan perkhidmatan ini adalah PERCUMA.

Ok, selamat membuat semakan.

About these ads
  1. alamak…kalau takde hutang, boleh check jugak ke?
    hehehe..

    zaman ni agaknya siapalah yang takde hutang dgn BANK?

    • dz
    • March 2nd, 2011

    katner nk check ni bro..
    tadi nk wat loan kat RHB..sangkut plak..hampeh..
    rasanyer kes line handphone yg bkurun2 punyer la..
    loan lain cnteq jek..hu..hu..
    tolong…

      • aien
      • July 11th, 2011

      bank negara la

      lau kes line hanpone tu bawah telco

  2. Terima kasih kerana berkongsi info!!

    • Jejai
    • July 13th, 2011

    mcm mana nak clearkan ccris ni?ada cara x?tertunggak kete 1 bln pn nk apply loan x lepas.sesape tau cara tolongg..nak wat loan kawin ni

  3. bro..just nk tnya…kalau dah 3 tahun clear payment ngan bank pasal kad kredit,,,tapi nama msih lg blcklist ngan ccris,,,nape jd cm nie..

    • siti saodah abd latif
    • July 16th, 2012

    saya xde mase nk p cek kt bank negara….leh x kl saye nk call terus…loan xlepas nie…tuelaa die kl dah kje gvt keje dok js penjamin smp tesangkut2 dah nie

    • su
    • July 21st, 2012

    terima kasih kerana berkongsi maklumat..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: