Prestasi Harga Emas
Jom tengok prestasi harga emas untuk pertengahan suku pertama…adakah ada kemungkinan akan melonjak selepas musim cuti perayaan CNY.
Prestasi harga rujuk pada harga harian kijang emas sebagai panduan…
Panduan ini sebagai rujukan sahaja..tidak semestinya tepat moga boleh menjadi pemangkin dalam menambah aset emas…
Berpandukan graf yang aku buat berdasarkan harga kijang emas yang diambil bermula dari awal 2010 hingga 12 Feb 2010.. ada 1 1/2 bulan baki untuk menghabiskan suku pertama yang aku jangkakan harga akan meningkat lagi terutamnya selepas perayaan CNY ni sehingga penghujung suku pertama.
Ada 3 kemungkinan sahaja akan berlaku pada harga emas selepas CNY ni sama ada terus melonjak, menjunam atau mendatar sahaja…sumer orang boleh cakap camni kan…kalau menurut indikator teknikal harga emas semasa berada di atas garisan Daily & Weekly Pivot dan mula menghampiri Monthly Pivot.
Rujukan
Pivot Point = ( High + Close + Low )/3
Daily Pivot: 1,088
Weekly Pivot: 1,076
Monthly Pivot: 1,105
Last Rate 12 Feb: 1,092
Max Rate 2010: 1,161
Entry untuk suku pertama yang aku ambil hari tu pada 6 Jan@127 dan dari jangkaan dan bacaan insyaAllah harga akan menuju ke 140@1,207 ..sama2 nantikan
Untuk keadaan semasa memang sesuai untuk menambah jika ada duit…tukarkan aset RM anda kepada emas insyaAllah terlindung nilainya.
Nanti aku update selepas suku pertama berakhir utk melihat prestasi sebenar harga emas.
Sekian.





No trackbacks yet.