Dinar & Dirham


dinarANALISIS TERHADAP USAHA MENDAULATKAN DINAR DAN DIRHAM SEBAGAI MATA WANG ALTERNATIF DUNIA ISLAM KARANGAN OLEH M. SHABRI ABD. MAJID

Kupasan dan ringkasan berkenaan Analisis Terhadap Usaha Mendaulatkan Dinar Dan Dirham Sebagai Matawang.

SEJARAH DINAR DAN DIRHAM

Banyak yang berpendapat bahawa mata wang Dinar merupakan warisan kekhalifahan dunia Islam. Dalam makalahnya, “Sejarah Penggunaan Mata wang Dinar” yang dibentangkan pada National Dinar Conference di Kuala Lumpur, Anwar (2002) mengatakan bahawa mata wang Dinar telah mulai dicetak dan digunakan sejak masa awal kerajaan Islam. Namun, kata ” Dinar” bukanlah berasal dari bahasa Arab, tetapi berasal dari bahasa Yunani dan Latin atau mungkin merupakan kata lain dari bahasa Aramaic-Persia “Denarius”. Sementara itu, Dirham diambil dari wang perak “Drahms”,
yang digunakan orang-orang Sassan di Persia. Drahms telah diambil dari nama wang perak “Drachma” yang digunakan oleh orang-orang Yunani.

Pada prinsipnya, Dinar dan Dirham yang pertama sekali digunakan umat Islam adalah dicetak oleh orang-orang Persia. Dirham perak Sassanian Yezdigird III adalah mata wang syiling (logam) yang pertama digunakan umat Islam. Kemudian, Dinar dan Dirham yangdigunakan pada masa Khalifah Uthman bin ‘Affan juga tidak jauh berbeza dengan syiling yang digunakan bangsa Persia, kecuali perbezaan penulisan bahasa di atas mata wang Dirham tersebut. Penulisan bahasa Arab dengan nama Allah dan potongan ayat-ayat al-Quran di Dinar dan Dirham sudah menjadi budaya umat Islam masa itu
ketika mencetak wang Dinar.

AL-QURAN TENTANG DINAR DAN DIRHAM

Memang al-Qur’ an dan al-I:IadIth tidak pernah menyatakan bahawa Dinar dan Dirham adalah satu-satunya mata wang yang sah digunakan umat Islam dalam melakukan setiap transaksi dan pelbagai aktiviti ekonomi lainnya. Namun demikian, kata-kata Dinar dan Dirham yang terdapat dalam ayat-ayat berikut secara implisit menunjukkan pengakuan Allah terhadap keutamaan Dinar dan Dirham. Sebutan Dinar dan Dirham, misalnya terdapat dalam ayat berikut:

“Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan
dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan
mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di
an tara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar
pun. ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau
engkau selalu menuntutnya … ..
(Surah Ali ‘Imran (3): 75)

Sedangkan dalam ayat lain, perkataan emas dan perak dirakamkan untuk menjelaskan fungsi dari emas dan perak tersebut. Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir. lalu mati sedang mereka
tetap kafir. maka tidak sekali-kali akan diterima dari sese orang di
an tara mereka: emas sepenuh bumi. walaupun ia menebus dirinya
dengan (emas yang sebanyak) itu … ..
(Surah Ali ‘Imran (3): 91)

Semua ayat di atas tidak menjelaskan bahawa hanya wang Dinar emas dan Dirham perak yang sah dan halal digunakan umat Islam dalam melakukan pelbagai aktiviti ekonomi. Ayat-ayat di atas hanya menjelaskan fungsi emas (Dinar) dan perak (Dirham) sebagai alat penyimpan nilai (store of value), alat penukar (medium ofexchange), dan alat pengukur nilai (standard of measurement). Merujuk pada ayat-ayat di atas, majoriti para Fuqaha (Ahli Fekah) bersetuju bahawa selain Dinar dan Dirham, Dollar, Euro, Ringgit atau pelbagai jenis wang kertas dan syiling (fiat money) lainnya dapat digunakan sebagai mata wang negara asal sahaja bebas dari unsur-unsur spekulasi,  riba, gharar, dan maysir. Walaupun demikian, para ulama lebih menggalakkan agar
umat Islam menggunakan Dinar dan Dirham berbanding dengan Dollar dan pelbagai jenis mata wang lainnya, kerana Dinar dan Dirham memiliki kadar kestabilan yang lebih tinggi .

KESTABILAN DINAR DAN DIRHAM

Rancaknya usaha negara-negara Islam akhir-akhir ini untuk mendaulatkan Dinar dan Dirham sebagai mata wang tunggal dunia Islam, tidak terlepas dari kestabilan nilai Dinar dan Dirham itu sendiri. Menurut ‘ Umar bin al-Khattab, berat Dinar adalah 4.25 gram, sedangkan Dirham adalah 3 gram. Penentuan nilai Dinar atau Dirham adalah didasarkan atas beratnya atau nilai intrinsiknya. Tidak sepertifiat money yang kita pakai saat ini yang nilainya bergantung pada kepercayaan dan pengakuan negara, Dinar dan Dirham adalah wang nyata yang dijamin oleh dirinya sendiri sebagai perhiasan yang mahal harga. Nilai Dinar dan Dirham adalah tetap, tidak berubah kerana penggunaan Dinar tidak menimbulkan inflasi. Sejak mulai digunakan hingga saat ini, nilai tukar Dinar dan Dirham tidak mengalami perubahan yang signifikan.

Kemanapun Dinar dan Dirham dibawa, nilainya tidak akan berubah . Sekeping syiling Dinar dan Dirham akan tetap 4.25 gram emas 22 karat, dan sekeping Dirham adalah 3 gram perak tulin. Di negara manapun ditimbang, sama ada di Afrika Selatan, Hongkong, London, New York, Paris, atau Kuala Lumpur, nilainya tetap tidak berubah.

KEUTAMAAN DINAR DAN DIRHAM

Di samping memiliki nilai yang stabil, penggunaan Dinar akan mengurangi kebergantungan kewangan (financial dependency) para penggunanya terhadap Dollar akibat ketidakupayaan dalam mengurus modal. Keutamaan Dinar dan Dirham berbanding dengan mata wang kertas dan syiling (fiat money) tidak sahaja diakui para pakar ekonomi [slam, malah turut disaluti ahli ekonomi barat. Penggunaan Dinar dan Dirham akan menghalang usaha-usaha pencetakan dan penghapusan/pemansuhan wang dengan semena-mena oleh pihak berkuasa (kerajaan). Ertinya, jumlah peredaran wang dan inflasipun dalam masyarakat akan terkawal. Dinar akan mewujudkan sistem kewangan dan pasaran wang dunia yang lebih stabil. Dinar juga berfungsi sebagai penyimpan nilai, alat penukar, dan alat pengukur nilai yang lebih mantap. Ini terjadi kerana penggunaan Dinar akan menghalang praktik-praktik spekulasi mata wang dan praktik arbitrasi (arbitraging: menjana keuntungan melalui praktik jual-beli mata wang). Tidak sepertifiat money, Dinar lebih mudah diterima masyarakat dengan hati terbuka tanpa perlu “legal tender” atau “law enforcement “. Penggunaan Dinar turut mempromosikan perdagangan antarabangsa sebab melakukan transaksi
dengan Dinar akan menjimatkan kos transaksi. Bila Dinar digunakan sebagai mata wang tunggal dunia Islam, maka untuk menukar wang dari satu jenis mata wang ke mata wang lainnya tidak lagi diperlukan kos dan yang paling luar biasa, penggunaan Dinar akan lebih menjamin kedaulatan/keutuhan negara dari dominasi ekonomi, budaya, politik dan ideologi negara barat.  Sebagai contoh, dengan hanya mencetak Dollar tanpa pertu disokong dengan emas dan kemudian dipinjamkan ke Indonesia, Amerika kini dengan mudah mencampuri urusan dalam negara Indonesia. Padahal yang dipinjamkan itu hanya berupa kertas yang bertuliskan angka-angka tertentu yang sama sekali tidak memiliki nilai intrinsik. Sebaliknya, tanpa memiliki emas yang mencukupi,  maka sudah tentu Amerika tidak memiliki Dinar untuk dipinjamkan ke Indonesia. Pendek kata, Dinar dan Dirham adalah mata wang yang mampu mewujudkan sistem kewangan global yang berkeadilan.

Untuk bacaan penuh sila download di mysharebox dalam format PDF…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: