Penebusan Arrahnu


Aku nak bincangkan isu berkaitan penebusan emas di arrahnu jika berlaku kegagalan oleh syarikat sama ada syarikat tutup mahupun di siasat BNM. Sebaiknya untuk melibtkan diri dgn program sebegini kita kena tahu serba sedikit tentang pergerakan harga emas…pilih entry yg baik utk mengurangkan kos jika berlaku kegagalan pada program..

graf 2009

Contoh entry terbaik tahun 2009 pada 15 Jan 2009 sekitar RM113/g

100g: RM11,300 arrahnu 1+1: RM 11,300 + RM 11,300 = RM 22,600

65% Arrahnu dari nilai marhun: RM 14,690

(senario ini menguntungkan pihak syarikat kerana nilai proksi sebagai  pegangan ada lebihan RM 3,390 dari nilai marhun yang meningkatkan risiko beban penebusan berbanding konsep 1+2 dimana nilai proksi sebagai pegangan adalah kurang dari nilai marhun)

Caj Bank utk 6 bulan: RM 1,017

Jumlah tangungan termasuk modal belian adalah sebanyak: RM 27,007.

Tarikh jangkaan penebusan adalah pada 15hb Julai 2009

Harga pada 15hb Julai 2009: RM 126/RM 106

Harga masih di paras rugi kerana harga jualan adalah RM 106/g berbanding harga entry RM 113/g di mana ada perbezaan RM 7/g.

Untuk menyelesaikan masalah ini ada dua kaedah..

Kaedah 1

Tebus dan simpan sehingga harga mampu menanggung segala kos yg terlibat.

a) Perlukan modal sendiri untuk membuat penebusan

Nilai semasa pada tarikh penebusan adalah 200g: RM 21,200

Nilai tanggungan untuk penebusan : RM15,707 (wahh…banyak gak nak kuar modal lagi).. sedangkan modal pertama ialah RM11,300 maka jumlah keseluruhan adalah RM 27,007

Jika anda mengambil keputusan utk terus jual aset tersebut maka anda akan kerugian RM5,807 (22%)..tinggi nilai ni

Caranya lebih baik simpan aset tersebut hingga harga mencapai RM135/g utk menghilangkan defisit kerugian anda. Bila???? jangkaan saya sekitar suku pertama 2010 itu paling cepat…tak rugi pun simpan aset emas ni lama2..

Cara lain ialah anda masukkan semula ke arrahnu 200g tersebut dan dapat 65% nilai arrahnu sebanyak RM16,380 (rujuk harga 15hb Julai) …ok dengan duit ni boleh cover modal penebusan anda dan dapat extra RM673 dengan kos caj bank yg baru sebanyak RM1,134 utk 6 bulan lanjutan.

Ulangi proses ni sampai dah dapat exit utk jual aset tersebut tanpa kerugian…ada untung skit tu dah kira bagus..huhuhu

b) Dapatkan bantuan dari pihak ke-3 utk mengurangkan kerugian.(pihak ke-3 ni boleh jadi peraih emas atau surat pajak)

Untuk  cara dari pihak ke-3 adalah sebagai sumber dana utk proses penebusan dimana keterdesakan disebabkan takder modal utk buat penebusan..dan yang pasti pihak ke-3 akan menetapkan harga yg dia ambil utk emas tersebut.

Ini adalah contoh sahaja:

Pada tarikh penebusan anda memerlukan kos sebanyak RM15,707 dan kos awalan adalah sebanyak RM 11,300 dan jumlah keseluruhan anda ialah RM27,007

Andaikan pihak ke-3 mengambil pada harga semasa jualan iaitu RM106/g dan nilainya menjadi RM21,200..kalau pihak ke-3 ni baik hati amik ikut harga camni maka dia akan bagi pada anda jumlah semua tu .. maka modal penebusan yg dikeluarkan oleh pihak ke-3 sebanyak RM15,707 anda ada lebihan sebanyak RM5,493 (wah byk gak rugi woo…almost 50% dari modal permulaan anda RM11,300 huhuhuhu)

Apa nak buat kalau anda sanggup amik risiko camni…mana la tau pihak ke-3 ni ada lagi cara nak mengurangkan kerugian anda….

Ada yg suka amik kesempatan pada masalah anda..dan ada yg betul nak membantu…. lu pikir la sendiri bak kata nabil…hehehhehe :p

Kaedah 2

Biarkan sahaja sehingga pihak arrahnu melelong aset tersebut…prosedur leongan aku tak pasti sbb tak pernah terlibat lagi..hehehhe..rujuk pada mereka yg dah pernah buat ok…macam bro sepultura di JE.

Harga rizab lelongan samada lagi rendah dari nilai marhun atau lebih tinggi kena rujuk juga..

Ini contoh sahaja..katakan harga rizab lelongan adalah mengikut harga pada nilai marhun permulaan tersebut iaitu RM113/g dan nilai semasa ketika lelongan adalah RM126 maka beza RM13 sebagai beza bidaan lelongan…

Setelah bidaan tamat pihak arrahnu akan menolak segala kos yg ada dan lebihan akan di beri pada penama tersebut.

Andaikan bidaan pada harga RM115 maka nilai marhun 200g tersebut menjadi RM23,000

Setelah ditolak caj bank RM15,707 maka bakinya adalah sebanyak RM7,293 anda akan terima.( rugi la dalam RM4,007 @ 35%)

Tak pasti la pulak kaedah lelongan camni..hehhee..ni andaian sahaja kena rujuk pada yang pakar..

Kesimpulan yang dapat dari pengiraan semua ini…peserta@penama akan lebih rugi jika konsep beli 1 dan tambahan 1 proksi dari syarikat (1+1) berbanding konsep beli 1 dan tambahan 2 proksi dari syarikat (1+2) dimana risiko dalam penebusan utk jualan semula bagi mendapatkan modal awal adalah sgt minima iaitu sekitar 9%+ sahaja.

saya bagi contoh mudah

Format 1+1

RM11,300 + RM11,300 : RM22,600

65% arrahnu RM14,690 dan caj bank RM1,017

Lelongan semula pada harga bidaan RM115: RM23,000

Anda rugi hasil lebihan sebanyak RM4,007 (15%)

Format 1+2

RM11,300 + RM11,300 + RM11,300: RM33,900

65% arrahnu RM22,035 dan caj bank RM1,525.50

Lelongan semula pada harga bidaan RM115: RM34,500

Anda rugi hasil lebihan sebanyak RM360.50 (1%)

Oklah..byk lak kira2 ni..sampai nak blur dah..rasanya analisa ni dapat membantu..tinggalkan komen anda jika ada kesilapan pada pengiraan..maklumla human error…oppsss..

  1. bagus..gak..nie..atleast..kawan-kawan..yg dah terkena tu..ada gak idea..,kawan..sya pon ade sampai beratus-ratus ribu..gak,,dengan skim..nie..hari tu..kita advice..macam kata kita sekat..periuk..nasi..depa plak..dah terkena..macam nie..susah..gak..laaa
    ape-ape..pon sya doakan..somoga..boleh recover sikit jadi..laa

    • rizzmerr
    • July 27th, 2009

    insyaAllah kalau saper yg join faham tentang emas ni tak mendatangkan rugi sebenarnya…cuma masa utk recovery tu yg panjang…

  2. Salam, artikel menarik. Sebenarnyakalau betul2 faham ilmu emas ni… apa yg berlaku pun kita boleh atasi.

      • rizzmerr
      • July 31st, 2009

      setuju dgn statement bro…jgn kalut jer….hehhe

    • zaks
    • October 3rd, 2009

    Salam. Artikel yang informatif. Saya baru terlibat dengan emas ni. Saya orang baru ada temptation untuk termasuk dalam situasi dimana emas dibeli dari agen, kemudian agen cadang masuk emas tu kembali ke arrahnu untuk menambahkan lagi emas. sebagai orang baru memang agak blur dengan proses ini. Apa yang pembeli terlupa pada akhirnya mereka menanggung hutang dengan arrahnu, yang kadangkala mencecah puluhan ribu ringgit. Memang betul lah pada dasarnya emas tersebut “disimpan” di arrahnu tetapi perlukan modal yang banyak nak tebus semula. Pada mula nya memang seronok lah bila dengan modal 50K dah dapat emas hampir 1 Kg, tetapi terpaksa “disimpan” di arrahnu.

      • rizzmerr
      • October 12th, 2009

      better buat kira2 dulu dan lebih baik buat proses ni sendiri..monitor sendiri…

    • idayu
    • October 12th, 2009

    salam admin ….
    Tq untuk info yang amat berguna…ilmu yang baik untuk diguna pakai oleh semua yang terlibat dalam dunia emas…terutamanya orang baru macam saya. Masih mencari ilmu / panduan untuk membuat pelaburan dalam bidang ini.

      • rizzmerr
      • October 12th, 2009

      terima kasih…insyaAllah ilmu yang baik itu harus di kongsi bersama…

    • akmal
    • February 3rd, 2010

    saya baru meng- arrahnu kan emas 20gram diYaPEIM kos tebus semula selepas 6 bulan adalah RM1780+RM123.30,sy gune RM1780 untuk beli 3 dinar berharga RM1629 dan 5 dirham berharga RM95,baki RM56 sy simpan(pada hari yg same sy pajak emas). tiap2 bulan sy allocate lebih kurang RM318 untuk tebus semula bile genap 6 bulan. disini saya nampak “keuntungan” saya membeli dinar pada hari itu, berbanding saya kumpul duit RM318 sebulan untuk beli 3 dinar pada 6 bulan akan datang. betul ke yg saye buat ni?

      • rizzmerr
      • February 3rd, 2010

      ya dah betul dah tu…pendekatan yg baik…dah tentu 6 bulan kedatangan harga sudah berbeza….kalau 1 Dinar bleh advance 2 Dinar lagi seblum letak arrahn

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: